Wednesday 30 November 2011

Kenangan Yang Amat Melucukan

Assalamualaikum ..
Hari nie Mimi nak share cerita yang Mimi simpan dan tak pernah Mimi buka,
tapi perkara nie bukanlah rahsia sangat,
tetapi ianya memang melucukan.

Cerita nie berlaku masa Mimi balik kampung 2 tahun lepas,
masa tue Mimi berada ditahun lima.

Nak dijadikan cerita Mimi nie rapatlah dengan satu sedara Mimi nama dia Syuhada,
dan masa tue kami nak pergi kerumah kakak ayah Mimi
Mimi panggil dia Wak Timah.

Masa tue Mimi kena ajak naik kereta dengan Syuhada sebab Syuhada takda kawan 
kat dalam kereta ayah dia,
cuma ada satu budak namanya Haziq (anak sedara Mimi)
Jadi Mimi pun naiklah dengan Wak Napi (abang ayah Mimi)

Dalam perjalanan Mimi duduk kat tepi tingkap sebelah kiri,
Syuhada duduk kat tengah dan Haziq duduk kat tepi tingkap sebelah kanan.
Dan masa dalam perjalanan ayah Mimi bawa kereta punyalah main laju,
sehinggkan kami yang yang naik kereta Wak Napi nie ketinggalan,
dan masa tue Mimi cuma tengok kat luar tingkap je,
dan tiba-tiba Mimi dengar Wak Napi cakap macam nie,

  'Alah Mimi,Wak memang nak bawa kereta laju-laju macam bapak kau tue,tapi apa boleh buat kereta bapak kau tue baru dan cantik lagi kereta Wak nie dah uzur,nanti kalau bawa laju-laju tercabut pulak tayar nye ..'

Masa tue memang Mimi ketawa sebab
Mimi terbayangkan macamanalah keadaan kami kalau betul-betul tayar kereta tue tercabut,
Dan masa tuelah satu kejadian yang Mimi tak pernah terfikir terjadi.

Masa tue Mimi tegah berbual-bual dengan Syuhada,
dan tiba-tibabudak Haziq nie tarik baju Syuhada,
dan Syuhada nie gila garang
dia cakap 

'Kau nie apasal Haziq Mak Su tampar kau kang! Nak kena sangat kah??!'

Masa tue Mimi memang pelik sebab muka budak Haziq tue macam ketakutan,
Jadi Mimi tanyalah kat dia kenapa,
dan dengan muka yang ketakutan Haziq
pegang baju Syuhada
dan dia cakap

  'Mak Su ada cicaklah kat tingkap tue,dia tadi keluar dari tempat Haziq duduk,cepatlah Mak Su halau cicak tue Haziq gelilah!'

Masa tue kami ingat Haziq cuma nak takutkan kami
jadi kami pun tengoklah tingkap sebelah kanan,
dan ..
ya memang Mimi nampak cicak kat sana
dan dengan tak semena-mena

 'ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH'

Punyalah kuat suara Syuhada menjerit,
masa tue Mimi memang nak menjerit juga tapi tuekan bukan kereta Mimi
jadi Mimi buat muka tak tau jak,
Dan masa tuelah Syuhada nie menghimpit-himpit Mimi,
Mimi rasa macam nak mati kena himpit dengan budak Syuhada tue,
masa tue Mimi rasakan kereta tue makin bergerak ke sebelah kanan,
dan masa tuelah Mimi nampak ada kereta ayah Mimi.

Lepas tue kereta tue jadi tunggang-langgang
Syuhada masih tak berhenti menjerit
yang Mimi pulak tengah menahan segala kesakitan kerana dia himpit Syuhada.

Dan masa tue lah Mimi terpaksa menjerit,

 'Wak! berhentikan kereta Wak! nanti kita boleh mati macam nie!Wak cepat Wak!Mimi dah tak tahan nie!berat betul si Syuhada nie Wak!'

Masa tue terus Wak Napi nie berhentikan kereta kat tepi jalan,
Mimi bukak pintu terus Mimi lari dan terjatuh.
masa tuelah ayah Mimi baru nak telphone,
sebab ayah Mimi cakap kereta Wak Napi macam orang gila yang bawak 
terhuyung-hayang
tapi Wak Napi cakap takde apa-apa yang berlaku,
Walhal kami bertiga yang duduk kat belakang tue dah macam orang gila 
ketawa-ketawa.

Dan akhirnya cicak tue kena buang kat tepi jalan,
Dan bila sampai kat rumah Wak Timah,
Wak Napi dengan senang hatinya menceritakan hal tue kat mereka semua,
Mimi dengan syuhadalah yang paling kena teruk,
sebab kami kan dah besar tpi penakut.
Tapi yang paling kena sekali Mimilah 
sebab antara Mimi dengan Syuhada Mimi lagi tua.

Tapi kalau diingatkan balik memang kelakar,
Okelah Mimi nak sambung tengok video balik nie,
Wassalam~

P/s: Cicak-cicak kalau Mimi jumpa kau cicak memang Mimi pijak-pijak kau cicak,menyusahkan Mimi jak nak kena tampung dua orang budak yang berat . :)





No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner