Sunday 9 October 2011

Angry Birds

Assalamualaikum,
Hari nie Mimi nak cerita pasal Angry Birds.

Comelkan Angry Bird nie,tuelah Mimi suka.
Selamam Mimi dan semua ahli keluarga Mimi pergi ke Emporium Patau-patau Labuan.
Nie ialah kali pertama Mimi pergi kat sana,sebab tempat tue baru jak dibuka dalam bulan lepas.
Kami sekeluarga pergi kesana untuk membeli baju tidur,kami adik-beradik memang takada baju tidur,
kesiankan?

So,kami pun naiklah ketingkat dua,iaitu tempat baju,barang sekolah,permainan dan macam-macamlah,
masa tue Mimi saja je nak jalan-jalan 
nak tengok satu kedailah nie konon.
Tapi Mimi terpandang sesuatu yang sangat menarik,
iaitu 
BOX PENCIL ANGRY BIRD!
OMEIGOAT!

Mimi terus panggil emak Mimi dan suruh beliau belikan untuk Mimi,
macam nie lah lebih kurang box pencil yang Mimi beli tue.
Dan masa tue Mimi pergi pulak dekat tempat pen dan pensel,
lagi sekali Mimi nampak pen angry birds,
Mimi terus ambil dan masukkan dalam bakul,
hehe,jahatkan?
pastu emak perasan ada pen kat dalam bakul yang akak Mimi yang sulung,
beliau pun tanya
'sapa yang ambil pen nie?'
Mimi diam jak,malas nak cakap nanti kena bising,
tapi disebabkan teda respond dari kami semua,beliau letakkan balik pen tue kat tempat yang Mimi ambil,

Masa emak Mimi tengah sibuk pilihkan baju untuk adik lelaki Mimi,
Mimi ambil balik pen tue dan letak kat bawah baju tidur yang dah dipilih oleh Akak Mimi dan Mimi,
tiada orang pun yang perasan termasuklah emak Mimi sendiri.

Masa nak balik emak Mimi tanya Mimi,
'Angah,tadi angahkan yang masukkan pen angry birds tue dalam bakul,'
Mimi terkejutlah dan Mimi juihkan bibir dan cakap,
'A'ah macammana mak tau nie?'
'Abang kat kauter tue cakap,'
haha!itulah akibatnya nak sorokkan rahsia dari seorang ibu,
tapi Mimi peliklah macammana abang tue boleh nampak arr?
takpalah hal nie pun dah berlaku,
apa boleh buatkan?

Okey itu jak untuk hari nie,
Wassalam,




No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner