Sunday 15 January 2012

Tip Hot! Snek Yang Sihat

Assalamualaikum&Annyeong!

  Kalau semalam Mimi dah share tip bibir menawan,hari nie pulak Mimi nak buat tip pasal snek yang sihat,ya walaupun nampak macam pelik,tapi baca je lah.

Dadih: Dadih terdidri daripada susu yang kaya dengan kalsium,magnesium dan vitamin D3 yang membantu pembentukan tulang dan gigi.

Aiskrim: Pilih aiskrim yang kaya dengan susu dan kurang gula.Kini dah banyak aiskrim yang menyihatkan misalnya aiskrim susu kambing yang dah pun dikomersilkan.

Sup Cendawan:Mengandungi selenum yang mempunyai pelbagai khasiat dan berkeupayaan menentang kanser prostat selain mampu meminimumkan risiko obesiti,penyakit hati,diabetis,
            tekanan darah tinggi dan beberapa lagi jenis kanser.

Coklat Hitam: Dikatakan ,mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols yang membantu mencegah sakit jantung dan kanser.Coklat tak mengemukkan cuma kamu perlu mengelakkan                 
           daripada makan secara berlebihan.

Biskut Oat:Oat mengandungi khasiat serat larut aktif yang menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan dan menjadikan jantung lebih sihat.

Kekacang:Sebenarnya kacang tersembunyi banyak khasiat yang mampu menentang penyakit.Kacang mengandungi protein yang lebih tinggi dari daging,telur dan soya.


No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner