Saturday 14 January 2012

Tip Hot! Dapatkan Bibir Menawan

Assalamualaikum&Annyeong!

  Hello!hari nie Mimi nak share tip nak dapatkan bibir menawan,siapa yang tak nak bibir menawan kan?Dapt bibir macam HeeChul pun jadilah,nak tau macam mana?senang je,baca post kat bawah nie keh?

First,banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin B,C,E dan mineral.Contohnya tomato,betik,sayur-sayuran hijau dan banyak lagi.

Amalkan meminum lapan gelas air putih sehari untuk mencegah dehidrasi yang menjadi punca bibir kering. Kalau bibir tue kering mesti tak cantikkan? :) 

Jauhi gaya hidup merokok.Kalau kamu semua nak tahu,bahan kimia yang terkandung di dalam rokok menyebabkan bibir kamu menjadi hitam.

Elakkan meminum minuman yang beralkohol kerana ia boleh menyebabkan kekeringan bibir.

Ketika menggunakan lipstik,pastikan sesuai dengan kulit kamu semua tau dan pilihlah lipstik yang mengandungi emolien atau pelembap.

Gunakan lipbalm yang mengandungi pelindung matahari.

Sekiranya bibir kamu semua kering,basahkan bibir dengan air putih.Jangan menjilat bibir dengan air liur kerana air liur mengandungi kelenjar@enzim yang boleh menyebabkan iritasi pada bibir.

Oleskan pelembap bibir sebelum tidur dan amalkan juga menyapu sedikit madu,jangan letak banyak-banyak nanti bersemut pulak bibir kamu :)

Lakukan urutan pada bibir menggunakan minyak zaitun untuk membantu pengedaran darah pada bibir.

No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner