Tuesday 11 October 2011

Cuti=======> Sekolah

Assalamualaikum ..
Hari nie ialah hari terakhir Mimi bercuti sekolah sebab cuti PMR dah habis,
lepas nie kami semua akan kembali bersekolah seperti biasa.


Selama lapan hari Mimi bercuti kali nie,
Mimi rasa nie adalah kali pertama Mimi ada selitkan waktu untuk belajar
dalam masa sehari.

Walaupun kerja sekolah ada lagi yang belum siap sekurang-kurangnya
Mimi masih
mengulangkaji pelajaran,

Kadang-kadang Mimi baca buku rujukan dan buku sekolah,
kira berfaedahlah jugak masa cuti Mimi kali nie.

Tapi Mimi jugak kadang-kadang hilang mood nak belajar jadi mulalah kerja gila Mimi,
apa lagi kalau bukan duduk depan komputer sampai tengah malam,


Perkara yang wajib Mimi buat kalau duduk depan komputer ialah:
-Online Facebook
-Update Blog
-Twitter
-Tengok video kat youtube
-Melalak,menjerit depan laptop tak tentu pasal

Tapi kadang-kadang bosan juga 
layan komputer,
jadi kalau dah bosan dengan komputer Mimi akan dengar lagu kat mp3

Dan kalau dah bosan 'gila tahap gaban'
Mimi akan buat sesuatu yang sangat menarik 
'gila menarik'
iaitu tidur A.K.A berdengkur.

Okeylah,Mimi nak kemas barang untuk sekolah esok,
Wassalam~








No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner