Monday, 10 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun~

Assalamualaikum,
Adoi~
best betul cuti satu minggu,tapi yang memeranjatkan Mimi,
rupa-rupanya dah nak dekat exam!

Exam Mimi akan berlangsung pada 
24/10/2011
dalam masa beberapa hari jak lagi,
entah-entah pejam celik-pejam celik dah exam!

Mimi mengaku,
Mimi memang tak suka exam,
sebab masa tue Mimi akan kelam kabut,
tak sempat nak hafal nota,
tak sempat nak baca buku.

Dan yang paling penting,
meja belajar Mimi akan bersepah dengan buku belajar,buku rujukan dan buku teks,

Mimi taknaklah nanti masa jawab exam terkial-kial mencari jawapan,
nanti boleh pecah kepala Mimi mencari jawapan,
tak pecah pun cuma sakit kepala,

tak pun Mimi boleh menangis mencari jawapan,
Mimi mengaku,pernah dulu Mimi menangis masa nak cari jawapan matematik,
hoho!
susah sangat soalan tue,
boleh naik muntah Mimi menjawab.

Tapi kalau dah bosan Mimi menjawab soalan tue,

mulalah Mimi kebosanan,
dan mulalah Mimi membuat perkara tak berfaedah.
Perkara yang Mimi selalu buat kalau dah bosan mencari jawapan ialah,
TERMENUNG!
kadang-kadang gigit pen,main pen dan macam-macam lagi lah.'


Tapi yang paling Mimi nak dalam exam ialah
cemerlang dalam peperiksaan,
sebab Mimi tak sanggup kalau kena turun kelas,
itu ialah perkara yang amat Memalukan?
betulkan?

Okey,Mimi rasa better Mimi pergi belajar sekarang,
Wassalam~







No comments:

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner